ANALISA SIAPAKAH AL-YAMANI VERSI MADZHAB SUNNI - SYIAH

Jika kajian sunni kebangkitan Yaman dengan berbalutnya do'a dari Nabi Muhammad sholallahu alaihi wasallam dan juga sayyidina Abu Bakar as Shidiq, serta dengan jelas ditunjukan oleh QS: AL MAIDAH:54, sebagai bahan kajian eschatology Islam versi Sunni, dimana asbabun nujulnya sangat jelas bahwa ada wasiat Rasulillah sholallahu alaihi wasallam yang memberitakan Bangsa Arab akan tergantikan juga oleh satu kekuatandari Yaman ( disamping QS: MUHAMMAD:38 yng akan digantikan pula oleh kaumnya Salman Al-Farisi/PERSIA), beliau menepuk paha Abu Musa Al-Asy'ari, dimana beliau Al Asy'ari ini berasal dari Yaman. Pernah ditulis sebelumnya sebagai kelompok Thaifa mansyura sebagai analisa pasukannya Al Imam mahdi as.

Dan ternyata dalam Islam Escahtology Madzhab Syiah pun memberitakan hal yang sama akan kebangkitan YAMAN ini dengan menyebutnya kaum Al-Yamani.

Kesimpulan : Ada kesamaan analisa baik madzhab Sunni juga Syiah, bahwa Yaman ini akan merupakan "satu kekuatan ummat di akhir zaman yang menggantikan arah kiblat Bangsa Arab, spt ilmu pengetahuan, adab ahlak sebagai acuan/tolak ukur umma muhammad sholallahu alaihi wasallam di akhir zaman, hingga menjadi pasukannya Al-Imam Mahdi kelak ) dalam kajian Islam Eschatology

AL-YAMANI VERSI MADZHAB SYIAH

Kenapa dipanggil Al-Yamani? Adakah dari Yaman? Di manakah tumpuan pergerakannya?


Al-Syeikh Al-Sanad berkata dalam menggambarkan keluarnya Al-Yamani dari Yaman: (seolah-olah ada tanda lain pada riwayat yang menunjukkan bahawa dia keluar dari negeri Yaman, dialah tokoh yang dipanggil Al-Yamani) [105]

Kata Al-Syeikh Al-Kurani ( ESKATOLOGI MADZHAB SYIAH ) : (Di rantau Teluk, biasanya orang-orang Yaman mempunyai peranan penting, apa lagi di Hijaz, walaupun ia tidak disebut di dalam riwayat) [106]

Nampaknya dari kedua-dua hadits syeikh ini- mereka menyamakan sebab dinisbahkan Al-Yamani kepada negeri Yaman adalah dua perkara; pertama dari segi bahasa iaitu nisbah pemilikan Al-Yamani kepada negeri Yaman, dan kedua penulis rlwayat mencontohi kenyataan ayat dari riwayat-riwayat yang mengulas tentang kemunculan seorang lelaki dari Yaman dalam tempoh sebelum kezuhuran.

Dalam membincangkan perkara pertama saya katakan: perkataan Al-Yamani dapat dinisbahkan kepada Yaman dan boleh juga dirujuk ke Al-Yuman (bermaksud berkah), dan juga boleh dirujuk kepada yang kanan atas kedudukannya, Jadi adakah kemungkinan dirujuk pada yang lain? Dan dengan mengandaikan nisbahnya dipulangkan kepada negeri Yaman, maka tidaklah ia semestinya bermakna hanya penduduk (yang tinggal) di negara ini sahaja, kerana diketahui bahawa seseorang tidak menafikan yang ramai orang yang dinisbahkan (dikaitkan) sesuatu tempat, pada hal tempat kediaman mereka di tempat lain, seperti Shuhaib Al-Rumi, Bilal Al-Habashi. Kedua-dua mereka hidup dan mati di negara Arab, dan begitu juga dengan Al-Syed Al-Khoei, yang berasal dari bandar Kho’, dan ramai lagi. Seperti yang dinyatakan dalam kamus negara-negara bahawa Makkah sebahagian dari Tuhamah, dan Tuhamah sebahagian dari Yaman.

Saya katakan: Mekah (Makkah) adalah rumah (watan) kepada Ahl Al-Bait (as), mereka semua orang-orang Yaman. Diriwayatkan dari Ibn Hammad (Al-Mahdi mesti dari Quraisy dan Khalifah hanya (mesti) dari mereka, pada sisi lain, asal-usulnya dan nasabnya di Yaman) [107]

(Akan keluar sebelum Al-Sufyani Mishri dan Yamani (orang Mesir dan orang Yaman) [108]

Dan dari ‘Ubaid bin Zararah, berkata:
(Abi Abdillah menyebut tentang Al-Sufyani, katanya: di mana akan keluar dari sana apabila matanya dipecahkan di Sana'a (Yaman)) [109]

Dan dari Abi Ja’far (as):

(... dan akan keluar Al-Sufyani dari Syam dan Al-Al-Yamani dari Yaman) [110]

Di dalam Bihar Al-Anwar, dari Sathih Al-Kahin:
(... kemudian keluar raja dari Sana’a Yaman, putih seperti kapas, namanya Hussein atau Hassan) [111]

Dengan merenung riwayat-riwayat ini dapat disimpulkan kesan yang pasti adanya berbagai peribadi Al-Yamani; makna terdapat lebih daripada satu orang yang menggunakan panggilan Al-Yamani. Kita telah mengetahui lebih dahulu bahawa akan keluar Al-Yamani dan Al-Sufyani pada hari yang sama, bulan yang sama dan tahun yang sama. manakala nash riwayat yang dibawa oleh Al-Thusi mwnunjukkan Al-Mishri dan Al-Yamani keluar sebelum Al-Sufyani. Ini menunjukkan bahawa Al-Yamani yang disebutkannya itu adalah seseorang yang lain dari Al-Yamani yang dijanjikan (Al-Yamani Al-Mah’ud). Perkara yang sama dikatakan menurut riwayat yang diterima daripada ‘Ubaid bin Zararah, ia menekankan bahawa keluarnya Al-Sufyani mesti didahului oleh seorang lelaki yang keluar dari Sana’a.

Al-Sheikh Al-Kurani mengulas dalam Kitab ’Ashar Al-Dzuhur (Zaman Kezuhuran) hal 115 mengenai riwayat ini, dengan katanya: (Ada kemungkinan bahawa ini adalah kemunculan sebelum zaman Al-Sufyani-Yamani untuk membuka jalan Al-Yamani yang dijanjikan.)



Pemilik panji-panji Al-Mahdi (as) dan pembantu-pembantu yang mengikutinya tidak pada yang lain selain orang yang sama yang bernasabkan Huseini seperti yang disebutkan dalam beberapa riwayat: (dan janganlah kamu mengikuti salah seorang daripada mereka selamanya sehingga engkau melihat seorang lelaki dari anak Al-Hussein), (Allah mengizinkan seorang lelaki dari kami, Ahl Al-Bait), (akan keluar seorang lelaki dari anak Al-Hussein (as) yang datang dari timur) [113], dan dari Amirul Mukminin (as) beliau berkata: (Al-Mahdi keriting (ikal) rambutnya, bertahi lalat di pipinya, terjadi permulaannya dari arah timur dan apabila berlaku demikian akan keluarlah Al-Sufyani [114], (kemudian diangkat panji-panji urusan anak Al-Hussein (as) padanya), manakala Syu’aib bin  Shaleh seorang lelaki Tamimi iaitu yang tidak tinggi asal-usulnya dan dengan itu tidak mungkin menjadi pemilik panji-panji hidayah atau yang menyediakan jalan utama kepada Al-Mahdi (as).


"wallahu alam bisshowab..."
--------------
[105] Fiqh 3alaim Al-Dzuhur: hal 28.
[106] 3ashar Al-Dzuhur: hal 113.
[107] Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as) - Al-Syeikh Al-Kurani: hal 616..
[108] Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as) - Al-Syeikh Al-Kurani: hal 620
[109] Kitab Al-Ghaibah - Al-Nu3mani: hal 277.
[110] Kamal al-Din - Al-Syeikh Al-Shaduq: hal 331.
[111] Bihar Al-Anwar: J 51 hal  162.
[112] Al-Mahdi Al-Muntadzar Al-Mau3ud: Bab 2 hal 107.
[113] Dan Abdullah bin Umar, beliau berkata: (Akan keluar seorang lelaki dari anak Al-Hussein dari arah timur, sekiranya bertemu gunung-gunung akan dirintuhkannya untuk dibina jalan-jalan) - Al-Malahim Wa Al-Fitan: Bab 75
[114] Kitab Al-Ghaibah - oleh Al-Nu3mani: hal 306.

Tidak ada komentar

Diberdayakan oleh Blogger.