UPAYA BARAT MENDUKUNG ISLAM LIBERAL
CABARAN AKIDAH : PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL
Hj.Mohammad Ariffin bin Ismail
Hj.Mohammad Ariffin bin Ismail
SOKONGAN BARAT TERHADAP ISLAM LIBERAL
Pada tahun 2003, RAND Corporation juga
telah mengeluarkan beberapa cadangan kepada pemerintah AS yang bertajuk :
“Civil Democratic Islam: Partners, Resources, and Strategies”. The RAND
adalah singkatan kepada “Research and Development” ditubuh pada 1946
sebagai satu projek penyelidikan (Projek RAND) khusus untuk Pasukan
Tentera Udara Amerika (United States Army Air Forces) . Projek RAND ini
dibangunkan oleh Douglas Aircraft (Douglas Aircraft Company) di Santa
Monica, California. Dua tahun kemudian (1948), dengan bantuan tajaan
Ford Foundation, Projek RAND telah menjadi institusi penyelidikan
tersendiri yang dinamakan RAND.
Cadangan RAND Corporation mencadangkan
pemerintah AS itu supaya menjalin kerjasama dengan kelompok modernis dan
tradisionalis termasuk kelompok-kelompok Sufi untuk membendung
perkembangan kelompok fundamentalis yang dianggap menghalang
perkembangan demokrasi.
Strategi untuk Kelompok Modernis :
- Menerbitkan dan menyebarkan hasil kerja mereka dengan cara disubsidi.
- Mendorong mereka menulis dalam media massa khusus kepada golongan pemuda.
- Menerapkan pandangan-pandangan mereka dalam kurikulum pendidikan Islam.
- Memberikan mereka platform dalam masyarakat supaya mereka dapat menyampaikan hujah-hujah perdebatan terhadap asas agama sebagai perdebatan antara kaum fundamentalis dengan tradisionalis. Yang mana mereka memiliki website, rumah produksi (production house), sekolah, institut dan pelbagai kemudahan lain dengan tujuan untuk mencabar pemikiran mereka.
- Menjadikan sekularisme dan modernisme sebagai pilihan counter culture kepada pemuda muslim yang belum terpengaruh.
- Mendorong kesedaran terhadap budaya dan sejarah pra-Islam yang tidak Islamik melalui media dan kurikulum di negara-negara yang relevan.
- Membantu pembangunan organisasi sivil yang bebas untuk mempromosikan budaya sivil dan mendorong penduduk tempatan untuk mendidik diri mereka tentang proses politik.
Strategi untuk kaum tradisionalis:
- Menerbitkan kritikan-kritikan terhadap kekerasan fundamentalis dan kaum ekstrimis.
- Mendorong wujudnya pertentangan antara tradisionalis dan fundamentalis.
- Menghalang gabungan antara kaum tradisionalis dan fundamentalis.
- Mendorong kerjasama antara golongan tradisionalis dengan golongan modernis.
- Mendidik kelompok tradisionalis dengan memberikan fakta-fakta kepada mereka agar dapat berdebat melawan golongan fundamentalis kerana kelompok fundamentalis dianggap sering memiliki retorik yang lebih hebat.
- Meningkatkan imej dan profil golongan modernis di institusi tradisionalis.
- Membezakan pelbagai aliran tradisional dan mendorong mereka agar memiliki persamaan dengan golongan modernis.
- Mendorong populariti dan penerimaan golongan Sufi.
Starategi untuk melawan kelompok fundamentalis :
- Melawan tafsiran mereka terhadap Islam dengan menampakkan ketidakrelevanannya.
- Membongkar hubungan kaum fundamentalis dengan golongan radikal.
- Menerbitkan kesan tindakan kekerasan mereka.
- Menunjukkan bukti-bukti ketidakmampuan mereka dalam memimpin dan membangunkan sesebuah negara dan komuniti mereka.
- Menyebarkan peringatan khususnya kepada generasi muda, penduduk tradisionalis yang soleh, golongan minoriti di Barat
dan kaum wanita. - Melarang diberikan penghormatan terhadap kaum fundamentalis, ekstrimis dan teroris. Melabelkan mereka sebagai pihak perosak dan pengecut serta bukan sebagai pahlawan.
- Mendorong para jurnalis untuk menyiasat isu-isu korupsi, sikap hipokrit dan tindakan tidak bermoral kelompok fundamentalis dan teroris.
- Mendorong perpecahan di antara kelompok fundamentalis.
Jaringan Islam Liberal
RAND Corporation pada tahun 2007 juga
telah menerbitkan sebuah hasil laporan yang dipimpin oleh mantan wakil
Jabatan Pertahanan AS, Angel Rabasa yang bertajuk: “Building Moderate
Muslim Networks”. (Membina Rangkaian-rangkaian Muslim Moderat). Buku ini
mendedahkan pelbagai strategi kenapa Amerika Syarikat
bersungguh-sungguh membina rangkaian Muslim Moderat di seluruh dunia
Islam, strategi-strategi pembinaan rangkaian dan memperincikan secara
mendalam apakah fungsi-fungsi mereka serta bentuk negara Islam yang
diimpikan oleh negara pembekal demokrasi itu.
Dalam bahagian penghargaan laporan itu
RAND Corporation mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar Ibrahim
dari Malaysia, bekas Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu sedang
mengajar di Universiti Georgetown, Amerika. Tiada nama lain yang
dicatatkan dalam buku itu dari Malaysia kecuali nama Anwar Ibrahim
sahaja, tetapi tujuh nama disebut dari Indonesia, empat orang dari
Filipina dan tiga orang dari Singapura. Dari Indonesia adalah : Ahmad
Syafii Maarif, bekas Pengerus Muhammadiyah; Abdul Mu’ti, Pengerusi
Pemuda Muhammadiyah Pusat; Azyumardi Azra, Rektor Universiti Islam
Negeri; Ulil Abshar-Abdalla,
penyelia Jaringan Islam Liberal (JIL); M Syafi’i Anwar, Pengarah Eksekutif Pusat Islam Antarabangsa & Pluralisme (ICIP); Jusuf Wanandi, Pengerusi Lembaga Pengarah – Pusat Strategik Dan Kajian Antarabangsa (CSIS)/ Presiden The Jakarta Post Daily dan Rizal Sukma Pusat Kajian Strategik Dan Antarabangsa Jakarta. Dari Filipina : Carolina Hernandez, Presiden Institut Strategik dan Kajian-kajian Pembangunan (ISDS); Amina Rasul-Bernardo, Majlis Islam Dan Demokrasi Filipina (foto); Carmen Abubakar, Institut Kajian-kajian Islam Universiti Filipina dan Taha Basman, Pusat Islam Moderat Filipina (CMM). Manakala dari negara Singapura adalah: Duta besar Tommy Koh; Sue-Ann Lee, penganalisis Islam Singapura dan Suzaina Kadir, Universiti Nasional Singapura. Berdasarkan nama-nama di atas, kebanyakan aktivis Islam yang dijemput untuk memberi idea adalah kelompok yang dilabel sebagai Muslim Liberal yang terlibat dalam memperjuangkan demokrasi, liberalisme dan pluralisme agama.
penyelia Jaringan Islam Liberal (JIL); M Syafi’i Anwar, Pengarah Eksekutif Pusat Islam Antarabangsa & Pluralisme (ICIP); Jusuf Wanandi, Pengerusi Lembaga Pengarah – Pusat Strategik Dan Kajian Antarabangsa (CSIS)/ Presiden The Jakarta Post Daily dan Rizal Sukma Pusat Kajian Strategik Dan Antarabangsa Jakarta. Dari Filipina : Carolina Hernandez, Presiden Institut Strategik dan Kajian-kajian Pembangunan (ISDS); Amina Rasul-Bernardo, Majlis Islam Dan Demokrasi Filipina (foto); Carmen Abubakar, Institut Kajian-kajian Islam Universiti Filipina dan Taha Basman, Pusat Islam Moderat Filipina (CMM). Manakala dari negara Singapura adalah: Duta besar Tommy Koh; Sue-Ann Lee, penganalisis Islam Singapura dan Suzaina Kadir, Universiti Nasional Singapura. Berdasarkan nama-nama di atas, kebanyakan aktivis Islam yang dijemput untuk memberi idea adalah kelompok yang dilabel sebagai Muslim Liberal yang terlibat dalam memperjuangkan demokrasi, liberalisme dan pluralisme agama.
Antara nama dan badan yang disenaraikan
adalah : Hillel Fradkin, Pengarah,Center on Islam, Democracy & the
Future of the Muslim World, Hudson Institute; Duta Dennis Ross dan
Robert Satloff dari The Washington Institute Untuk Dasar Timur Dekat;
Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir, Dan Scott Flipse dari US
Commission on International Religious Freedom; Paul Paul Marshall dari
Freedom House; Abdeslam Maghraoui dan Mona Yacoubian dari United States
Institute of Peace; Daniel Pipes dan Stephen Schwartz, pemikir Yahudi
yang kritikal mengenai Islam; Adam Garfinkle, Radwan Masmoudi dari the
Center for the Study of Islam and Democracy (CSID); Michael Whine,
Pemangku Pengarah Hubungan Jemaah Yahudi British.
Selain itu badan itu turut berterima
kasih kepada John Esposito, Universiti Georgetown; Steven Cook, Council
on Foreign Relations; ; Juliette Kayyem, Universiti Harvard; Duta Daniel
Kurtzer, Princeton University; Joseph Nye, Universiti Harvard; Gary
Sick, Columbia University; Ross Johnson, yang menjayakan Projek Radio
Liberty dengan kerjasama CIA; J. Scott Carpenter, Timbalan Setiausaha
Negara untuk Timur Hampir; Alberto Fernandez, Biro Hal-ehwal Ketimuran
Dekat, Jabatan Negara; serta pegawai kerajaan AS berkhidmat di dalam the
United States Agency for International Development (USAID) dan Jabatan
Negara, serta ahli-ahli kakitangan kongres.
Manakala dari Timur Tengah, turut
disenaraikan nama-nama berikut : Shamlan Al-Essa, Pengarah, Pusat
Strategik dan Kajian Masa Hadapan, Universiti Kuwait; Ahmed Bishara,
Setiausaha Kuwait National Democratic Movement; Mohammed Al-Jassem,
ketua pengarang akhbar Al-Watan, Kuwait; Shafeeq Ghabra, Presiden
Universiti Amerika Kuwait dan Mohamed Al Roken, Dekan Fakulti Penolong
Sharia Law Di Universiti Di Al Ain; Uni Arab Emirate.
Laporan ini bertujuan untuk membentuk model jaringan muslim moderat khususnya di dunia Islam yang dianggap memiliki pandangan dan misi yang sehaluan dengan nilai serta prinsip-prinsip AS untuk menandingi kaum fundamentalis. Di dalam dokumen tersebut turut dinyatakan AS akan mendapat pelbagai keuntungan sama ada secara tersurat ataupun tersirat dari penyebaran agenda nilai-nilai demokrasi liberal iaitu: nilai kesamaan (values of equity), toleransi, pluralisme, penegakan hukum (undang-undang) dan hak asasi manusia (HAM).
Laporan ini bertujuan untuk membentuk model jaringan muslim moderat khususnya di dunia Islam yang dianggap memiliki pandangan dan misi yang sehaluan dengan nilai serta prinsip-prinsip AS untuk menandingi kaum fundamentalis. Di dalam dokumen tersebut turut dinyatakan AS akan mendapat pelbagai keuntungan sama ada secara tersurat ataupun tersirat dari penyebaran agenda nilai-nilai demokrasi liberal iaitu: nilai kesamaan (values of equity), toleransi, pluralisme, penegakan hukum (undang-undang) dan hak asasi manusia (HAM).
Dalam mengusahakan perkara tersebut,
Jabatan Luar Negara AS bersama dengan USAID (U.S. Agency for
International Development) ditugaskan khusus untuk mempromosikan
nilai-nilai di atas. Untuk menterjemahkan dasar ini dalam bentuk
tindakan, Jabatan Luar Negara AS dan USAID telah memberi kontrak projek
kepada beberapa NGO, di antaranya NED (National Endowment for
Democracy), IRI (International Republican Institute), NDI (National
Democratic Institute), TAF (The Asia Foundation), dan CSID (Center for
the Study of Islam and Democracy).
Kesemua NGO tersebut ditaja sepenuhnya oleh pemerintah AS. The Asia Foundation sendiri dianggap sebagai organisasi yang paling berjaya dalam menjalankan misinya sehingga modus operandinya dijadikan sebagai “model” penyebaran nilai-nilai demokrasi liberal di Timur Tengah.
Kesemua NGO tersebut ditaja sepenuhnya oleh pemerintah AS. The Asia Foundation sendiri dianggap sebagai organisasi yang paling berjaya dalam menjalankan misinya sehingga modus operandinya dijadikan sebagai “model” penyebaran nilai-nilai demokrasi liberal di Timur Tengah.
Strategi Untuk Membina Muslim Moderat
Langkah pertama adalah persetujuan
kerajaan Amerika dan sekutu-sekutunya untuk membina rangkaian Muslim
Moderat mengikut kaedah berikut:
- Menentukan kriteria yang membezakan antara Muslim Moderat dan Muslim Fundamentalis. Penjelasan takrif Muslim Moderat ini penting kerana dibimbangi golongan Muslim Radikal dan oportunis melakukan penyamaran menjadi Muslim Moderat.
- Mewujudkan pangkalan data antarabangsa rangkaian Muslim Moderat meliputi aspek individu, kumpulan, organisasi, institusi, parti politik dan sebagainya.
- Proses pemantauan mekanisme-mekanisme, penapisan, dan menyelia program-program, projek-projek, dan keputusan-keputusan yang telah dan bakal dilaksanakan.
Untuk membina jaringan rangkaian Muslim Moderat, laporan itu mencadangkan keutamaan seharusnya diberi kepada :
- Muslim Liberal dan akademik Islam sekular yang cerdik pandai.
- Sarjana-sarjana muda dalam bidang keagamaan yang moderat.
- Aktivis-aktivis masyarakat.
- Kumpulan-kumpulan wanita yang memperjuangkan persamaan
jantina. - Wartawan-wartawan dan penulis-penulis yang berfikiran moderat.
Dari segi bantuan kewangan, laporan ini mencadangkan penajaan diberikan kepada aspek berikut :
- Pendidikan demokratik, terutamanya program-program yang melibatkan
penggunaan teks-teks dan tradisi-tradisi Islam untuk ajaran-ajaran Islam
yang berasaskan nilai-nilai demokratik dan
pluralisme. - Media. Menaja berkembangnya media moderat sebagai usaha untuk membendung dominasi media anti demokratik dan unsur-unsur Islam yang konservatif.
- Kesamaan jantina. Memperjuangkan hak-hak isu wanita dan peguambela hak-hak wanita . Promosi kesamaan jantina adalah satu komponen penting dalam mempercepatkan kewujudan Muslim Moderat.
Kesan Strategi RAND Corporation di Indonesia
Di dalam laporan tersebut juga turut
dipaparkan beberapa institusi di Asia Tenggara khususnya Indonesia yang
menjadi cabang utama jaringan AS. Institusi tersebut adalah organisasi
Muslim terbesar di Indonesia yang dianggap moderat iaitu Nahdatul Ulama
(NU) dengan 15,000 sekolah agama yang menjadi ahlinya dan Muhammadiyah
dengan sokongan institusi pendidikan tinggi dan institusi sosial
termasuk Center for the Study of Religion and Civilization (diketuai
oleh Pramono Tanthowi, berpusat di Jakarta), satu institusi di luar
Muhammadiyah yang aktif berkempen demokrasi liberal. Organisasi lain
yang dianggap cukup kuat adalah JIL (Jaringan Islam Liberal) yang
didirikan pada tahun 2001 oleh Ulil Absar. Salah satu misi institusi ini
adalah untuk menghalang perkembangan pengaruh dan kegiatan kelompok
militan dan radikal Islam di Indonesia.
Meskipun begitu, institusi pendidikan dianggap sebagai kunci dalam pengembangan liberalisme. Institusi tersebut antara lain:
- Pondok dan Madrasah : Majoriti pondok di bawah payung NU.
Begitu juga madrasah di bawah jaringan Muhammadiyah dan Persis (Persatuan Islam). Menurut laporan RAND Coporation kurikulum sekular telah dimasukkan ke dalam institusi tersebut meskipun pendidikan Islam tetap menjadi fokus. - Pusat pengajian tinggi : Universiti Islam yang terdiri daripada Universiti Negeri Islam (UIN)-dahulu dikenali sebagai IAIN- termasuk 47 buah institusi pengajian tinggi dengan lebih daripada 100,000 mahasiswa. Universiti Muhammadiyah yang terdiri daripada 35 buah universiti serta 160 institusi sokongan. Sama ada IAIN (Institut Agama Islam Negeri) dan universiti-universiti Muhammadiyah telah menganut idea pluralisme dan demokrasi. Universiti Gajah Mada juga telah menubuhkan Center for Religious Cross-Cultural Studies atas arahan daripada mantan Menteri Luar Negara, Alwi Shihab.
- Media Massa : Salah satu media yang paling berpengaruh adalah Jaringan radio Islam yang bertajuk “Liberal Religion and Tolerance”. Transkrip dialog ini telah diterbitkan oleh akhbar Jawa Post dan turut disebarkan oleh lebih daripada 70 media.
- Institusi Demokrasi : Salah satu organisasi yang termasuk dalam kategori ini adalah Lembaga Kajian dan Pengembangan Sumberdaya Manusia (Lakspedam), salah satu institusi NU yang terlibat dalam pendidikan pengundi di Jatim yang ditaja oleh Asia Foundation dan Ford Foundation. Badan lainnya adalah PM3 LSM yang berasaskan madrasah, aktif melakukan diskusi tentang peranan negara dalam mengatur agama.
- Usaha Pembangunan Jaringan Serantau: Asia Tenggara dianggap sebagai salah satu pusat pengembangan jaringan serantau. Salah satu pelopor organisasi serantau tersebut adalah International Center for Islam and Pluralism (ICIP) yang ditaja oleh Ford Foundation. Misi organisasi ini adalah membangun jaringan NGO Muslim dan aktivis dan intelektual muslim yang progresif di kawasan Asia Tenggara (dan akhirnya di seluruh dunia). Mereka adalah platform untuk menyebarkan idea-idea pemikir-pemikir muslim moderat dan progresif yang bertaraf antarabangsa.
Dalam penjelasan lanjut mengenai modul
pembinaan rangkaian Muslim Moderat oleh RAND Corporation ini, Angel
Rabasa penganalisis kanan RAND Corporation menjelaskan berikut : “Perjuangan dalam kebanyakan dunia Islam hari ini adalah perang idea”. Katanya lagi “Ini
bukan satu bentuk peperangan antara tamadun -bukan Islam lawan barat –
tetapi peperangan idea antara Islam sesama Islam dalam menentukan takrif
mereka, Islam Liberal atau Islam Radikal”.
Menurut Rabasa lagi Amerika Syarikat
mempunyai satu tanggungjawab penting memberi bantuan kepada Islam
Moderat sama seperti peranan yang telah dimainkan oleh Amerika dalam
peperangan dengan komunis. Semasa perang dingin, Amerika Syarikat dan
sekutu-sekutunya membina kebebasan dan jaringan demokratik dengan
menyediakan institusi serta pasukan bertindak balas. Pasukan ini yang
telah diserapi oleh ideologi komunis iaitu melalui kumpulan politik,
belia, pertubuhan-pertubuhan pelajar dan kelompok-kelompok lain.
Menurutnya selepas kejayaan ke atas Perang Dingin, maka kini usaha
ditumpukan kepada Islam.
Dalam menentukan takrif Muslim Moderat,
Rabasa menyenaraikan definisi berikut : Orang yang memperjuangkan
demokrasi; memperjuangkan hak asasi manusia termasuk kesamaan jantina
dan kebebasan agama; penerimaan sumber undang-undang tanpa mazhab dan
melawan keganasan.
Post a Comment