MESIR RAMPAS BUKU BUKU SALAFI WAHABI DARI PERPUSTAKAAN DAN MESJID
Kementerian Wakaf (Kementerian Agama) Mesir telah melakukan
pemeriksaan di beberapa masjid di Kaherah. Hasil pemeriksaan tersebut
kerajaan merampas buku-buku yang cenderung kepada gerakan Salafi,
terutamanya buku-buku yang ditulis oleh; Muhammad bin Abdul Wahab, Ibn
Baz, Ibn Uthaimin, Ibn Taimiyah, Said Abdul ‘Adhim, Abdul Latif
Mustahri, Abu Ishaq al-Huwaini, Mohammed Hussein Yacoub, dan Mohammed
Hassan.
Sementara itu, memetik kenyataan Timbalan Menteri Wakaf (Agama) di Kaherah, Sheikh Jaber al-Taya mengatakan bahawa pemeriksaan ini membuktikan adanya kegiatan rekrut terhadap mahasiswa warganegara Somalia, Bangladesh, Rusia dan Congo di dalam masjid “Ummahat Mukminin” tanpa ada persetujuan daripada Kementerian dan al -Azhar.
Kementerian Wakaf (Agama) mengingatkan para imam masjid, khatib dan pegawai masjid untuk meneliti buku-buku yang ada di perpustakaan masjid, dan merampas buku-buku yang mengamalkan pemikiran wahabi yang mana tidak sesuai dengan toleransi dalam Islam, atau buku-buku yang cenderung kepada militan, seperti buku-buku yang ditulis oleh Ikhwan Muslimin, terutama pendahulu mereka Hasan al-Banna dan Yusuf al-Qardhawi.
Kementerian itu juga membantah berita pembakaran buku-buku yang disita, lebih lanjut ia menegaskan bahawa mereka hanya mengarahkan pemeriksaan semua buku, sebagai langkah awal pembentukan sebuah jawatankuasa pemeriksaan semula buku-buku tersebut, demi mengelakkan pemikiran radikal wahabi.
Surat khabar al-Watan mendedahkan bahawa kerajaan telah menyita lebih daripada 7000 buku, CD dan kaset daripada beberapa perpustakaan masjid di Alexandria, Kaherah, dan Giza. Di antaranya buku-buku; Yusuf al-Qardhawi, Wajdi Ghoneim, Mohammed Abdel Maqsud, Sholah Sultan, Yasser Barhami, Mohammed Hussein Yakub, Abu Ishak al-Huwaini, Mohammed Hassan, Ahmad Farid, Mohammed Ismail, Mohammed Saed, dan Mohammed Hussein Yakub.
Sementara itu, Kementerian Wakaf (Agama) akan terus memantau dan melakukan pemeriksaan masjid dan perpustakaan di setiap wilayah, untuk memastikan dua tempat itu bersih dari buku-buku yang mengajak pada “militan dan keganasan”, baik dari pemikiran Ikhwanul Muslimin dan Salafi Wahabi.

Post a Comment